PENGENALAN

islam4
Matematik merupakan mata pelajaran penting dalam kurikulum sekolah-sekolah di negara kita. Mata pelajaran ini mula diajarkan dari peringkat tadika hinggalah menengah. Malah di kolej dan universiti juga, matematik masih menjadi komponen penting dalam hampir kebanyakan kursus pengajian.
Penguasaan dalam ilmu ini menuntut seseorang itu memahami konsep-konsep pengiraan asas melalui pemahaman konsep, dan secara langsung melatih para pelajar berfikir secara logik.
Selain dari itu, mata pelajaran ini juga memerlukan seseorang pelajar menghafaz segala rumus yang diperlukan untuk mencari jalan penyelesaian.
Ini sekaligus mengasah bakat berfikir dalam diri seseorang individu. Oleh itu, seseorang yang ingin mahir haruslah membuat banyak latihan secara langsung.
Menerusi penguasaan matematik, pemikiran manusia akan menjadi semakin matang. Setiap masalah akan diselidik dari pelbagai sudut untuk mencari jalan penyelesaian.

Animated_boy_math

No comments:

Post a Comment